ASSALAMUALAIKUM...
ada satu ketika dalam hidup aku, aku ialah seorang pemarah. hang pandang aku pun aku boleh jadi marah. hal hal kecik pun aku tak boleh tolerate . mesti nak marah. ketika itu aku rasa semua benda mesti perfect. every defect might leads to your own death.
ketika itu aku pemarah. merah berdarah macam lava gunung berapi. bersembur merosakkan sekeliling.
sehingga la satu ketika, aku terpandang sekeliling. terkerling kemusnahan dilakukan sang bara, kehancuran dek kerana panas api baran yang tidak dikawal. dipandu besar diri, rasa bangga dan meninggi diri. aku terkesima. ternganga. tapi dah terlambat. kayu dah jadi abu, hati dah jadi batu.
sekarang aku cuba, mengawal hati yang bermaharajalela, menundukkan kepala yang bermegahkan takhta, menenangkan nafsu yang gilakan kuasa. aku sedang cuba. ada masa aku tak berjaya, tapi aku jarang berputus asa. doakan aku.
semoga akalku menjadi lebih dewasa seiring dengan usiaku yang masih remaja . :)
jika anda juga serupa, padamkan. jangan biar api itu terus menyala. jangan biar dy merosakkan segala. pekakkan telinga dari bisikan syaitan. sesungguhnya, allah sayang orang orang yang penyabar.
goodbye....
No comments:
Post a Comment