Harini 6 ramadan. 2020. Pkp coronavirus lagi. Day 41. Puasa pun puasa. Kena kurung pun kena kurung. Tapi pikiaq pikiaq balik. Rasa bersyukur jugak ni. Boleh jadi lazy bum time2 puasa ni. Tapi still getting paid. Taktau la apa jadi kalau kena pusing site time2 puasa ni. Harap2 kuat la iman untuk terus berpuasa. Setakat lani, tak pernah lagi la merasa puasa dan raya sebagai org dewasa bekerja. Selalu as a student, tahun lepas menganggur, tahun ni corona pulak 😂😂
Baguih jugak pkp ni start sebulan sebelum ramadhan. Atleast, dah terbiasa dengan keadaan berkurung. Kalau dak mesti meronta ronta nak keluaq. Nak makan sebab bosan taktau nak buat apa. Nak jumpa kawan kawan. Sekarang badan dan minda dah adapt dengan berkurung, puasa time pkp ni jadi bearable la sikit.
Sehari ke sehari menjalani hidup ni, pelan pelan aku dah dapat terima konsep redha. Kun fayakun. Jika allah katakan jadi, maka jadilah. Tanpa terlambat atau tercepat sesaat pun. Kita hanyalah hamba yang lemah. Sebijak atau seperfect apa pun plan kita, allah lebih mengetahui. Sesungguhnya plannya yang terbaik.
Jadi sebagai hamba, kita kena la redha dan percaya. Sesuatu benda tu akan jadi milik kita, bila tiba masanya. Selagi tak tiba masa, buat la macammana pun. Takkan dapat. Benda ni logik ja sebenaqnya. Kalau pikiaq balik, perangai manusia ni, dia suka ikut emosi. Bila dia rasa desperate, dia jadi tak sabaq. Mula dia buat keputusan bukan bukan. Contoh paling mudah, zaman sekolah.
Hampa ingat dah time sekilah dulu, kita deret kata, ish tak sabaq nak habis sekolah. Meluat duk kena mangkit pagi mai sekolah. Lepastu qeja sekolah pulak. Lepastu kena belajaq pulak. Tapi doa cemana pun, kita tetap kena sabaq tunggu. Jalani hari hari. P sekolah. Sampai habis setahun ke setahun. Tak boleh dah nak percepatkan. Buat gumana pun kita kena lalui proses tu. Sebab apa? Sebab kalau kita skip, kita sendiri yang akan bermasalah. Cuba bayangkan, kita darjah 1, tapi sebab kita nak cepat habis, teruih kita lompat p darjah 6. Amik upsr. Denga keadaan mental dan fizikal kita yang darjah 1 tu, mampu ka kita nak lalui apa yg orang darjah 6 kena lalu. Mesti tak mampu kan?!
Macamtu lah hidup. Kita tak boleh tiba2 mintak dkt allah, ya allah, aku dah penat kerja dengan orang. Esok aku nak jadi bos sendiri. Hg rasa hang mampi ka?? Nak pikul tanggungjawab? Sebabtu la doa kita tak makbul. Bukan allah tak sayang, tapi masanya belum tiba.